Overview
PEGAWAI BOMBA GRED KB1 Jobs in Greater Kuching at Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Title: PEGAWAI BOMBA GRED KB1
Company: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Location: Greater Kuching
Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Kementerian/Jabatan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jadual Gaji
Gaji Minimum
:
RM1,500.00 Gaji Maksimum : RM4,680.00 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,500.00); atau
- bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(b) dan 1(c ). (Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,622.00).
dan
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
dan
- lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
- Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
- Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
- Pemohon dengan kelayakan di 1(a)(iii) hendaklah mendaftarkan maklumat bekas anggota tentera di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Bekas Tentera”. Manakala kelayakan Aerofireman Driver Class 1 hendaklah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024