Overview
PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 Jobs in Negri Sembilan, Malaysia at Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Title: PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1
Company: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Location: Negri Sembilan, Malaysia
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji
Gaji Minimum
:
RM1,500.00 Gaji Maksimum : RM4,680.00 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
- Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
- Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
- Pemohon dengan kelayakan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal dan/atau Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024